Duke Windsor
Duke Windsor

Duke Windsor

Duke Windsor (Inggeris: Duke of Windsor) ialah gelaran yang dikurniakan kepada Edward VIII yang pernah menjadi Raja United Kingdom. Baginda menjadi Duke Windsor selepas baginda melepaskan takhta pada tahun 1936. Gelaran itu berasal dari bandar bernama Windsor, di mana Istana Windsor terletak. Istana ini telah menjadi rumah bagi raja-raja Inggeris sejak dahulu lagi. Keluarga diraja telah dikaitkan dengan nama Windsor sejak 1917 iaitu Wangsa Windsor.